Thursday, 10 March 2011

JUARA,NAIB JUARA DAN TEMAPAT KE-3

Gambar Juara IK2,Dayana:

Gambar Naib Juara IK2,Azzam:

Gambar Tempat Ke-3 IK2,Ain:

Tinggallah,Arill,Maulud & Tasha...

Kalau nak dengar balik lagu apa mereka nyanyi ? Pergillah blog mereka / website mereka:
Dayana Blog
Dayana Website
Azzam Website
Ain Blog
Ain Website

Sekian Terima Kasih...

Peace

 


nilah gambar saat kemenangan naib juara idola kecil 2

Pengumuman Kepada Peminat Azzam


Assalammualaikum saya ucapkan,
hari ini ada pengumuman yang agak best... Nak tau jom tengok dibawah...

Pengumuman Dari Azzam SMART N COOL:
Kepada sesiapa yang ingin Azzam membuat persembahan di hari gembira anda...Boleh terus berhubung dengan PA@PR AZZAM di talian 0196474047 (Tempahan Persembahan)

Sekian Terima Kasih...

FAQ Azzam

Nama penuh Azzam? Muhd. Azzammuddin b. Lop Hisyam

Tarik lahir Azzam? 29 Jun 1997 (13 tahun)

Sekolah Azzam? SMK Bandar Tasik Selatan

Hobi Azzam? Menyanyi/melukis

Adik beradik Azzam? 5 (anak pertama)

Makanan/minuman kegemaran Azzam? Nasi ayam, tom yam, sup meletop/Jus carrot, air suam.

Website rasmi Azzam? www.azzamfc.ning.com

Tekan soalan untuk baca jawapan!

Soalan-soalan yang dinyatakan diatas, soalan-soalan yang kurang sopan dan soalan-soalan yang meminta no. fon/email/alamat Azzam tidak akan dijawab. Harap maaf!

Link Laman Sosial

Link Azzam

Bab 5-Dia Kekasihku Hingga Akhir

Dayana melompat dari katil lalu ke pintu utama untuk membuka pintu, Azzam pula hanya menggeleng kepala melihat telatah adik tirinya. Dalam hati Azzam asyik tertanya siapakah tetamu yang disebutkan oleh Dayana?

        Azzam yang ingin menuruni tangga terserempak dengan Datin Dina, lalu bertanya "Mama, siapa yang datang? Yana mana?"

        "Yana ada di luar sedang berborak dengan kawan-kawannya, Fienaz, Ain dan Arill."

        Azzam memang pantang dengar nama Arill, iaitu murid yang kacak dari kelas 5 Anggerik, manakala Dayana pula di kelas 5 Mawar sama seperti Fienaz.

******

        Pagi Jumaat adalah hari yang paling gembira bagi Dayana. Dayana mendandan rambutnya, lalu mengambil beg sekolah yang berwarna merah jambu dan juga Kartun Minnie Mouse keluar dari biliknya. Selepas menuruni anak tangga, Dayana terserempak dengan Azzam. Dayana hanya menampilkan senyuman dan ciuman di pipi abangnya.

        Selepas Dayana ke sekolah menaiki basikal dan juga ditemani oleh kawan rapatnya, Fienaz ke sekolah, Azzam berasakan sudah lama dia tidak melihat bilik Dayana yang berwarna merah jambu itu dan dihatinya berkata 'Nak jenguk bilik Yana sekejaplah'. Lalu dia menaiki tangga dan pusing ke kiri,kalau dia pergi ke terus, itu adalah kamar mama dan papa,kanan pula kamar dia sendiri, buat apa hendak ke sana.

        Dia berharap agar adiknya tidak mengunci pintu bilik. Azzam perlahan-lahan memusing tombol pintu "eekk" (Bunyi engsel di pintu). Azzam berasa lega,dia terus melihat keliling bilik adiknya,lalu rebah badan ke katil empuk Dayana,lalu bisik di hatinya 'Empuknya katil Yana!'. Mata Azzam tiba-tiba tertumpu pada Notebook Kecil Sony VAIO Hitam Dayana, dia segera bangun dan mengoyangkan tetikus. Dia terkejut melihat peti e-mel Dayana dibuka begitu sahaja tanpa menekan 'log out'. Azzam mencari kesempatan melihat 'Secret E-mel' iaitu folder mengisi simpana rahsia Dayana.

        Azzam membaca semua e-mel rahsia Dayana,tiba-tiba menujukkan 'Arill '. Dia menekan nama Arill, '10 e-mel '. Azzam yang sedang khusyuk tidak sedar bahawa adiknya telah pulang dan sedang berdiri di depan pintu bilik sambil berdehem.

        Dayana melihat abangnya sedang mengigil ketakutan, dia melemparkan senyuman kepada abangnya. "Abang tengok e-mel Yana ek ?"

        "Ye,sebab abang nak kenal siapa Arill."

        "Ouh."

        "Yana tak kisahkan ?"

        Dayana hanya mampu mengangguk sebab dia berasa kelakar abangnya terlalu cuak hingga pucat.

******

        "Abang kau comel jugakkan, Yana?" kata Fienaz.

        "Berkenan lah tuh." jawab Dayana.

        "Mana kau tahu aku berkenan kat abang kau ?"

        "Tengok muka aku dah tahu lah Ienaz, Naz."

        Dayana dan Fienaz sedang bersuka ria sambil gelak, manakala Arill hanya mampu tertumpu pada PSP Birunya. Azzam pula berasa tidak kena pada Arill yang asyik sibuk dengan gamenya, lalau berbisik di hati 'Nak adik orang tapi jaga diri sendiri!'.

        "Hon, Hon!" Kereta Mercedes?

Bab 4-Dia Kekasihku Hingga Akhir

Tubuh longlai Dayana diangkat di atas katil. Datin Dina nangis teresak-esak yang dipujuk pleh Datuk Roy. Azzam menuju ke surau untuk Solat Isyak dan berdoa kepada Allah semoga adiknya sembuh.

******

        Selesai sudah solat Isyak, Azzam melawat adiknya. Dalam hati Azzam, dia berasa serba salah kerana dia, adiknya berada di hospital. Datin Dina meluru masuk. "Azzam..." kata Datin Dina. Azzam terkejut.
        "Mama, Azzam nak tanya boleh?"

        "Hmm... Apa dia, Zam?"

        "Dah lama ke Yana derita?" soal Azzam dengan rasa bersalah.

        Linangan air mata Datin Dina mengalir selepas Azzam menanyakan soalan itu. "Azzam, Yana derita atas sebab papa dan kamu tak ambil peduli."

******
                       
        Datin Dina tetap mahu menyimpan rahsia bahawa Dayana menghidap penyakit Asma yang sangat kuat. Datuk Roy sendiri tidak tahu anak kandungnya mempunyai Asma, hanya Datin Dina sahaja yang tahu.Dayana sendiri meminta mamanya merahsiakan perkara ini. Semasa Dayana berumur 8 tahun, Datin Dina pernah membiarkan Dayana berenang di depan rumahnya tanpa pengawasannya. Dayana tidak muncul di permukaan air. Mujur Bibik Kasina ternampak Dayana lemas di dalam kolam renang itu. Datin Dina segera menelefon ambulans.

        Selepas doktor memeriksa Dayana, dia meluru keluar memberitahu Datin Dina. "Datin Dina, saya ada hal hendak cakap pada Datin, sila masuk ke ruang saya?"

        "Datin, saya ingin bertanya, pernah tak Datin tahu Dayana menghidap penyakit?"


"Tak ada pula, setahu saya dia baik-baik sahaja. Penyakit apa doktor?"

        "Atas pemeriksaan saya, anak Datin menghidap penyakit Asma."

        "Ya Allah !"
******

        Datin Dina ingat sangat itu, dia duduk di sebelah Dayana, manakala Azzam ingin menanti kesedaran Dayana.

        Beberapa minit kemudian, Dayana telah pun sedar, Azzam dan Datin Dina berasa lega dan bersyukur. Dayana mengukirkan senyuman manis kepada Datin Dina dan juga Azzam. Datuk Roy sejak pulang tadi dia sudah ke cafeteria untuk membeli makanan.


        "Mama,apa yang dah jadi pada Yana ?" tanya Dayana kepada ibunya.

        "Yana, tak perlu fikirkan sangat, asalkan Yana dah sihat." jawab Datin lalu mengukirkan senyuman kepada anaknya.

******

        Pada keesokkan hari, Dayana telah dibenarkan pulang ke rumah. Dayana berasa amat gembira kerana papa dan abangnya telah pulang ke rumah.

        Sampai saja di rumah, Dayana terus meluru ke bilik tidurnya yang sudah 2 hari ditinggalkan. Azzam hanya tersenyum sinis melihat adiknya yang berperangai seperti kanak-kanak Ribena itu.

        Tiba-tiba.. Ding Dong! loceng pintu rumah berbunyi. "Ada tetamu!" jerit Dayana. Dalam hati Azzam tertanya-tanya siapakah tetamu itu?

Bab 3-Dia Kekasihku Hingga Akhir

Datuk Roy berasa sangat terkejut dengan apa yang terjadi kepada kereta BMW 7 Series Datin Dina. Azzam hanya mampu mengeluh dan mengomel "Alamatnya lambatlah jumpa Yana."

        Datin Dina menelefon Pak Samad iaitu driver Datuk Roy yang berada di hospital sedang menjaga Dayana bersama bibik Kasina.

        Kereta BMW 7 Series Datin Dina ditarik oleh 'Tow Truck' ke bengkel Mohd Dinie, Adik kepada Datin Dina. Selepas setengah jam, kereta Mercedes S Class Datuk Roy telah pon sampai. Mereka bertiga mengangkat barang masing-masing dan memasukkan ke dalam but kereta, sementara teddy bear untuk Dayana dipeluk oleh Azzam.

******

        Selepas setengah jam berada di dalam kereta, Datuk Roy, Datin Dina dan Azzam telah pon sampai ke Hospital KPJ Damansara.Datin Dina mahu suami dan anaknya tidur di hospital untuk menjaga Dayana, maklumlah mereka sudah 6 tahun tidak jenguk Dayana.

        Datin Dina, Datuk Roy dan Azzam berjalan sambil membawa 'luggage' lalu memasuki lif tingkat 3.Setelah sampai di tingkat 3, Datin Dina mengambil kad swap untuk memasuki pintu yang bertulis 'Wad Kanak-Kanak'.Datuk Roy dan Azzam hanya tertunduk lalu memasuki bilik 302 dan juga bertulis 'Siti Amirah Dayana Bt. Mohd Azroy Hashim'.

             Selepas Datin Dina memasuki, Dayana mengukir senyuman manis kepada mamanya, Datin Dina memberi Dayana sebungkus nasi putih dan sup sayur, lalu berkata

"Yana,ada orang nak jumpa dengan Yana,mahukah Yana berjumpa dengan mereka ?"

"Siapa mama ?"(Sambil menghirup sup sayur)

             Datin Dina memanggil dua beranak yang sedang berdiri di luar bilik 302,lalu mereka masuk.Dayana melopong,manakala Azzam terkejut.Dayana hanya mampu berkata dihatinya "Kacaknya Abang Azzam selepas meningkat remaja...".Azzam hanya mampu ternganga dan berkata dihatinya "Comelnya adik abang...",mana taknya Dayana mempunyai mata bulat seperti kucing sedang minta kasihan.

             Datin Dina dan Datuk Roy melihat lalu berkata

"Kamu berdua nih kenapa,sesama melihat dengan mulut ternganga ?"(Datuk Roy)

"Entahlah agaknya sudah 6 tahun kot lama tak jumpa bayang adik-beradik."(Datin Dina)

             Datin Dina dan Datuk Roy pergi turun ke bawah untuk membeli makanan di Cafe KPJ Damansara.

******

             Azzam menarik kerusi lalu duduk di sebelah katil Dayana,dia tidak mampu berkata apa "Kalau Yana tahu aku beli teddybear besar daripada dia,comfirm lepas nih aku kena sumpah,sepatutnya aku beli beg galas sekolah,aduhai !!"

             Azzam tidak mampu berkata apa-apa,lalu memberi Dayana sebuah teddybear besar,Dayana terkebil-kebil melihatnya

"Emm...Yana ini teddybear untuk Yana,abang beli kat Singapore Air Port,Yana marah tak abang beli teddybear besar muka Yana ?"

"Yana tak marahlah bang,malah Yana lagi happy akhirnya abang Yana yang dah kacak sudah pulang ke Malaysia untuk jenguk Yana tapi Yana marah sebab abang tak telefon Yana."

Dayana pura-pura merajuk lalu menunjukkan mulut muncung ala-ala Woodywood Packer.Azzam melihat lalu memujuk Dayana.Selepas memujuk,Dayana masih lagi muncung lalu Azzam mengambil nasi putih sapu di muka Dayana.Dayana menjerit

"Abang !"

"Yana muncung tadi,abang takde pilihan,so sapu jelah kat muka Yana, hehehe."

"Abang nih abis muka Yana,nasib baik bukan kepala kalau tak sakit."

Datin Dina dan Datuk Roy baru saja nak masuk bilik tapi kelihatan dua adik-beradik itu sedang bergurau,lalu mereka undur ke belakang supya mereka bermain puas.

******
              Selepas Dayana mengatakan "Nasib baik bukan kepala kalau tak sakit"baru Azzam duduk sebelah Dayana semula dan bertanya tentang kesihatannya.

"Yana,abang nak tanya boleh?"

"Boleh tanyalah."(Dayana mengukir senyuman)

"Yana,dah ok ke kepala tuh?"

"Oh,Yana dah ok sikit cuma kepala nih terkena kaca,so doktor minta Yana tinggal di sini untuk rawatan lanjut."

"Baru abang faham,Yana abang nak bagitau Yana benda,Yana jangan terkejut tau."

"Ok apa dia,Yana dah tak sabar?"

"Papa dan abang akan duduk di Malaysia kerana urusan di Singapore dah habis."(Azzam mengukir senyuman manis)

"Yahooo...Boleh abang ajar Yana buat Projek KH hehehe..."

Datin Dina mendengar seolahnya gembira,lalu dia bertanya kepada suaminya

"Betul ke bang?"

"Betul,nanti semua urusan di sana Azri,adik abang yang jaga."(Datuk Roy mengukir senyuman)

Tetiba Azzam menjerit memanggil mama dan papanya.

"Mama, papa Yana pengsan!"

Datin Dina dan Datuk Roy terkejut!

Bab 2-Dia Kekasihku Hingga Akhir

Semasa Dayana ingin membasuhi cawan di bilik air tiba-tiba seluruh tubuhnya berasa lemah longlai dan tidak bermaya, lalu pengsan di bilik air. Serpihan cawan Donald Duck telah mencedarakan kepalanya. Datin Dina hanya mampu melihat darah di kepala Dayana mengalir. Datin Dina cepat-cepat menyuruh Bibik Kasina menelefon ambulans.


 Bibik Kasina bergegas ke meja telefon untuk menelefon Hospital KPJ Damansara.Sementara menunggu ambulans,Datin Dina hanya mampu melihat keadaan Dayana,pengsan di kedudukannya.

              Beberapa minit kemudian ambulans sampai di rumah lalu mengangkat Dayana masuk ke dalam.Di ambulans,Datin Dina memandang ke telefon Blackberry 8900,lalu menelefon Azzam.

"Assalammualaikum,Azzam ini mama.Azzam ada di mana ?"

"Waalaikummusalam,mama.Azzam berada di pejabat papa,ada apa mama rasa macam cemas semacam saja ?"

"Mahu tak cemas,Yana dia jatuh di bilik air,terhantuk kat lantai.Lepas tuh,kepala berdarah sebab cawan pecah menusuk kepalanya."

"Ya Allah,ma biar betul Yana jatuh kat bilik air ?"

"Betullah Zam,nih mama on the way ke hospital hantar Yana,kalau ada masa baliklah kesian mama tengok Yana,dia dah lah sakit kamu pula tak mahu jenguknya,dia sakit hati kamu tahu."
"Baiklah ma,Azzam bagitahu papa apa yang jadi kat Yana,esok lusa Azzam dengan papa balik lah,kami tengah tengok keadaan."

"Ingat tau,bagitahu papa kamu,assalammualaikum."

"InsyaAllah,waalaikummussalam."

******

             Sampai saja di hospital,para jururawat terus membawa Dayana ke bilik rawatan.Di luar bilik rawatan,bibik Kasina cuba mengenangkan Datin Dina yang sedang nangis teresak-esak.Datin Dina sedang terfikir apa yang akan berlaku selepas ini,dia tidak mampu menanggung masalah lepas ini,dia mampu menyerah pada takdir.

             Datin Dina mengeluarkan telefon Balckberry 8900 untuk menelefon suaminya yang berada di Singapura,dia takut Azzam terlupa memberitahunya.Belum sempat dia menekan 'Keypad Unlock',telefon telah pon berbunyi.Datin Dina melihat melalui skrin [Abang Roy(Hubby)],Datin Dina terus menekan 'Answer Call'

"Ina,apa yang telah berlaku di Malaysia ?"

"Abang,bukan dah tahu ke ?"

"Memanglah abang dah tahu tapi setakat Azzam cerita,entah-entah nak suruh abang balik Malaysia,mana tahu."

"Abang nih ini betullah,Yana pengsan kat bilik air,cawan yang dipegangnya pun jatuh ke lantai,sebab itu kepala dia luka."

"Kalau betul,abang berangkat malam nanti,InsyaAllah."

"Baguslah macam tuh,Yana pun dah 6 tahun tak jumpa abang dengan Azzam,oklah doktor nak jumpa Ina nih,nanti Ina call balik,Assalammualaikum."

******

              Doktor Sara yang merawat Dayana memanggil Datin Dina untuk berjumpa dengannya.

"Datin Dina,saya Doktor Sara yang merawat Siti Amirah Dayana Binti Mohamed Azroy Hashim."

"Oh,doktor apa jadi dengan anak saya,Dayana ?"

"Anak Datin mengalami stress dan tertekan,mungkin dia terlalu fikirkan sesuatu jadi sebab itu kemalangan ini sering berlaku."

"Dia memang tertekan doktor,selepas 6 tahun abangnya tidak menelefon untuk menanya khabarnya,dia selalu menanya,adakah abangnya lupa padanya.Jadi kepala dia apa jadi doktor ?"

"Kepala dia mengalami kecederaan kecil tapi saya akan periksa lebih lanjut."

"Oh,doktor boleh tak saya jenguk anak saya ?"

"Boleh,kami telah masukkan di bilik 302."

"Terima kasih doktor."

"Sama-sama."

******

             Datin Dina menolak pintu yang mempunyai nombor 302 dan juga kertas yang bertulis 'Siti Amirah Dayana Bt. Mohd Azroy Hashim'.Datin Dina mengukir senyuman selepas Dayana sudah sedar,Dayana berpelukan bersama mamanya,dia berasa bersalah kerana kemalangan ini telah membuat mamanya bersusah payah.

"Mama,maafkan Yana sebab..."

"Tak palah,Yana mama tahu apa Yana nak cakap,dah lah jangan banyak sangat cakap nanti tak sihat pula."

"Mama,bila papa dan abang nak balik ?"

"Papa kata malam ini sampailah,Yana jangan risau,mereka pasti balik jenguk Yana."

             Datin Dina juga tidak mengetahui bila suaminya dan Azzam mahu pulang ke tanah air.

******

             Bila petang,Datuk Roy dan Azzam pergi ke Singapura International Airport untuk membeli 2 tiket untuk pulang ke Malaysia.Selepas itu mereka menunggu di bilik menggu nombor 2.Tetiba Azzam terfikir hendak beli teddybear untuk Dayana supaya dia gembira.

             Setelah 1 jam dalam kapal terbang,mereka dua beranak akhirnya sampai di tanah air.Ternampak juga Datin Dina sedang berlambai pada mereka.Datin Dina terus berpelukan suami dan anaknya.

            Datin Dina berjalan beriringan Datuk Roy dan Azzam,lalu memasukki kereta BMW 7 series. Selepas mereka keluar dari Subang Jaya Airport,tetiba 'BOM !'.

            Tayar kereta BMW 7 Series kempis !

Karekter DIA KEKASIHKU HINGGA AKHIR

Gambar yang akan ADMIN Azzam FC Blog paparkan adalah Karakter DKHA.
Azzam: Seorang abang sangat baik hati dan peramah orangnya.
Dayana: Seorang kanak-kanak sedang mula belajar membesar.
Fienaz: Kawan rapat Dayana,sentiasa memberi semangat kepada Dayana.
Ain: Teman rapat Arill dan juga sentiasa memberi semangat kepada Dayana.
Arill: Jejaka paling handsome di sekolah Dayana.
Tasha: Teman rapat Sam dan sentiasa memberi semangat kepada Sam.
Sam: Lelaki yang meminati Dayana.
Jiha: Teman wanita Azzam di Singapura.
Nurul: Kawan rapat  Jiha di Singapura.
Maulud: Kawan rapat Azzam di Singapura

Bab 1-Dia Kekasihku Hingga Akhir

 Hari Sabtu pagi ialah hari sangat menyenangkan untuk Dayana. Notebook kecil Lenovo berwarna hitam dibukanya untuk mencari maklumat projek Kemahiran Hidupnya.Sebelum Dayana mencari maklumat Kemahiran Hidupnya,dia menyemak peti e-melnya kalau ada abangnya,Azzam mengirim surat.

            Azzam adalah abang tiri kepada Dayana,bapa Dayana,Datuk Roy telah mengahwini ibu Azzam iaitu Datin Dina.Selepas kematian ibu Dayana,Dayana selalu meluahkan perasaanya kepada Datin Dina yang mesra memanggil mama.Selepas Azzam berumur 13 tahun,papanya cadangkan supaya Azzam mengikutnya ke luar negara untuk mengetahui bisnes bakal bertembungnya tidak lama lagi.


 ******

            Semasa Dayana berumur 7 tahun,dia meronta dan meraung kerana papa dan Abangnya telah pergi ke Singapura atas urusan disana,sedangkan Azzam baru saja 8 tahun untuk mengikut  papanya ke Singapura untuk meguruskan bisnes.Kata papa,Azzam sudah dapat faham apa yang diajarnya tentang bisnes.
       
            Azzam berada di Singapura agak lama lebih kurang 6 tahun disana bersama papanya.Azzam bersekolah disana,dia dijaga oleh papanya sendiri.Azzam sudah biasa disana kerana sudah 6 tahun dia berada disana.Dia berasa rindu pada adiknya,Dayana di Malaysia dan juga mamanya,Datin Dina.
   
            Semasa berada disana Azzam adalah juga mengirim e-mel kepada Dayana tapi Dayana tidak balas.Azzam berasa ada sesuatu yang tidak kena.
******
        
            Sambil Dayana sedang mencari maklumat Kemahiran Hidup,tiba-tiba telefon Blackberry 8900 Dayana berbunyi.Dayana melihat di skrin,Abang Azzam telah menelefonnya dari Singapura.Dayana tidak mampu berkata apa-apa kerana sudah 6 tahun dia menunggu panggilan daripada abangnya tapi semasa dia berumur 11 tahun baru abangnya menelefonnya.Dayana terus matikan telefon daripada dijawab olehnya.
           
            Datin Dina telah melihat apa yang dibuat oleh Dayana lalu dia duduk di sebelah Dayana.

"Yana,napa matikan telefon ?"

"Entahlah ma,sudah 6 tahun Yana tunggu tapi baru sekarang abang telefon,kenapa ma ?"

"Mama pon tak tahu sebab abang sekarang sudah meningkat remaja." 

"Kalau sibuk pon,telefonlah ke balas e-mel ke,ini tak e-mel 2 minggu lepas tuh baru balas."

"2 minggu lepas itu baru balas ?Yana ada tak balas e-mel dia ?"

"Selepas abang balas lambat,masa itulah Yana tak balas e-mel abang."

            Datin Dina hanya mampu mengangguk kepala sahaja.Selepas mendengar cerita Dayana,Datin Dina terus ke meja telefon rumah untuk menelefon Azzam.

"Assalammualaikum,Azzam ke tuh ?"

"Waalaikummussalam,mama ye nih Azzam,mama sihat ?"

"Alhamdullilah sihat,Azzam apa khabar,papa apa khabar ?"

"Khabar baik mama,papa pon baik cuma selsema sikit,emm...mama Yana sihat ?"

"Yana,hmm macam biasa marah lagi sama kamu sebab lambat balas dan tak telefon dia."

"Oh...Mama,Azzam kena pergi nak siapkan Geografi jap,nanti ada masa Azzam telefon."

"Ok Azzam,mama pon nak siapkan makanan untuk Yana,kirim salam dengan papa tau."

"InsyaAllah,Asslammualaikum mama."

"Waalaikummussalam."

             Telefon rumah telah dimatikan,pada masa itu terdengar sesuatu jatuh dari bilik Dayana.Datin Dina dan bibik Kasina bergegas ke bilik Dayana.

Datin Dina melopong kekejutan !!

 
 
 
Kami selaku admin telah menulis sebuah cerpen di Azzam IK2 FC Blog iaitu DIA KEKASIHKU HINGGA AKHIRA

Sinopsis:

     Ia mengisahkan tentang Dayana yang mempunyai hati kepada abang tirinya, Azzam. Dayana teringin mendapatkan cinta abangnya. Malangnya, banyak halangan baginya kerana Azzam telah pun mempunyai kekasih hati. Dayana cuba meminta tolong daripada kawan baiknya, Fienaz masih juga ada halangan. Apakah kesudahannya? Adakah Dayana akan mendapat cinta Azzam ataupun lupakan Azzam begitu saja dan anggap sebagai abang?

Lirik Lagu Kekasihku

Padamu kuharap
kau hadir dalam hariku,
Agarnya kau tahu betapa kucinta padamu,
Setiap masa seolah ada disisi,
Kasih padamu takkan pernah padam,

Sayangku, hanya engkau dihati,
Jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu,
Oh belaianmu..

 Kasih, kita ditakdirkan bersama,
Takkan engkau kupersiakan,
Walau terkadang hati mudah terusik olehku..

Selagi ada nyawa,
seluruh daya kan kupastikan kau gembira,
Segala cinta dan saat bahagia, oh ibu...
Ke akhir hayatku..

Oh ibu..
Ibu...
(ULANG)
 

Twitter

Gud monink Azzam FC :) Dh mkn,dkn mndi,dh solat hahahaha...Pagi ini ringkas punyer post iaitu jeng jeng jeng...TWITTER Azzam :D



Klu mahu tahu Twitter Azzam link dia apa Just KLIK HERE



Siap :D Gud monink bye nk sambung novel lak :D

Saturday, 26 February 2011

Baju Azzam Fc

ini adalah bju azzam fc..cntik x..cntik bukan..tempahlah
yew...kpd yg mnat kat azzam,hiaskanlah bju ini di tubuh
anda..pasti ramai akan tepegun..hehe...bye..tQ
 
            -Smart n Cool-